Monday, February 15, 2016

Masalah manusia #30 - ILUSI SI PEMALAS

Masalah kita ialah

terlampau bangga
dengan susur galur
terlampau alpa
dengan ilmu teratur.

Masalah kita ialah

gua sudah mengembara 30 negeri
gua sudah mengenali dunia kurang 1 dekat
gua sudah saksikan kekejaman di depan mata sendiri
gua sudah menganalisa isu semasa ini
gua sudah meramal ia jauh 5-6 tahun terdahulu
gua sudah tahu apa kan terjadi selepas ni
gua...
gua...
gua...

baiklah, kau tahu semua
lantas apa tindakan mu?
sekadar pendekar di applikasi pencicip?
perasan dirimu senantiasa diintip?
sedangkan mulutmu itu sudah lama diketip.

Masalah kita ialah

Rasa sudah cukup pabila bersungguh cakna isu ummat.

kau tahu?
Jika yang lain punya uang sebanyakmu,
mereka juga boleh jadi seperti kamu.
Kehebatanmu bukan pada sumbangan tenaga,
hanya pada uang saku pemberian rakyat duka nestapa.

'Hey, tak mahukah kau berbakti
dengan lebih mendalam nanti?'
Timbalah pengalaman, usia mu itu masih muda, usah dibazirkan.'

kau melatah
pabila diberi amanah
anugerah Tuhan terserlah

Ah!
Pengalamanku sudah jauh mematangkan aku
Tanya saja naskah-naskah itu
Semua itu guru sifu ku!
Tanya saja tiket-tiket yang tersusun itu
Itu bukti sumbangan baktiku
Kau siapa tak kenal aku?!
Apa saja yang kau tahu!
Ayo, tunjukkan ilmumu
Kitab mana, naskah mana, laman sesawang mana kau mampu
Kita bandingkan siapa yang lebih tahu!

Masalah kita ialah

terlampau bangga dengan pencapaian

Ketahuilah,
kau bukan berseorangan.
Ramai lagi diluar sana spesismu.
Lain rupa, lain bangsa, lain budaya.
Tapi fikiran mereka saling tak tumpah bak kamu.
Menumpang mimpi indah
Hasil titik peluh umat terdahulu.
Seakan kau turut melawan musuh datang berpusu-pusu
Seakan kau turut serta mengangkat pedang
Sedangkan telingamu disumbat lagu metalika korea jepang.

Ketahuilah,
kau tak lain hanyalah seorang naratif.
kau hanya sebahagian daripada sejarah.
kau hanya
penonton,
pencerita,
penganalisa,
peramal.
Tapi kau bukan,
jauh sekali bukan
seperti mereka yang kau kagumi.
rakan-rakan mu yang cuba kau pandang rendah,
ya, mereka itulah yang sedang mengorak langkah
berkhidmat rela tenaga dikerah.

Oh ya,
Kau hebat dalam meramal bukan?
Nah, sekarang ramalkan lah,
bahawasanya
guru sifumu itu
bakal mengajarmu
sejarah, usaha, keringat, darah
yang sedang dicipta
oleh sahabat taulan seusia mu.
Sambil kau di atas kerusi malas
masih lagi bangga dengan pengetahuan tak berbalas.

No comments:

Post a Comment