Sunday, February 7, 2016

Ameen #25 - INQUIRI

Dulu-dulu zaman tadika selalu kena tunggu ummi habis kerja. Jadi, masa menunggu dihabiskan dengan aktiviti bernas.

You used to petik cili api merah dari pohon renek tu and rub it on your lips. Konon nak lipstick. Nak merahkan bibir semerah cili padi. Ya Allah... burn wei bibir... Burn...!

You used to tenung at those sampah kertas dan habuk di pejabat ummi that was compiled on the floor and wonder how it smells. Maka kau mendekati sampah tersebut dan menghidunya  (baca: menyedut) habuk tersebut dari jarak 1cm. Hidung kau bertukar menjadi vaccuum. Rasa nak nangis. Burn wei hidung... Burn!

Dalam burn burn tu pun, kau tak berani bagitau ummi, takut kena marah. Bila dah reda azab pedih tu, baru slow-slow bagitau ummi.

*          *          *

Masa tadika dulu, semangat inquiri itu sangat tinggi dan menebal di dalam diri. Sampai ke suatu tahap, kau sanggup harung apa sahaja demi menjawab persoalan-persoalan yang terdetik di hati, yang tak terjawab oleh akal fikiran. Bila pedih, kau tak terus mengeluh, kau sanggup tahan sebab tahu salah sendiri. Tak mau kena marah.

Mana ntah pergi mentaliti suci tu... terlupa? atau dah dicemari?

No comments:

Post a Comment