Monday, February 29, 2016

Vienna #43 - HOPE

Some random thoughts on the way back to Wien from Deutschland. The very reason why I always need my sketch book by my side

Of abah and solving problems

Ada pernah sekali keluarga kami dilanda taufan kotak rubik (baca: rubic cube).

Abah being abah, suka menonjolkan kuasa veto dan kepakarannya dalam mengendalikan masalah (which by the way didn't solve the problems most of the time, but still amazed me by how determined dan sangat percayanya beliau terhadap dirinya sendiri :) )

Banyak strategi abah cuba. Lukis anak panah penanda arah pada setiap kotak kecil, hafal steps, dan lain-lain lagi. Semua tak berhasil. Dan aku macam selalu, penonton setia, dagu dicangkuk ke dua-dua tapak tangan, duduk depan abah menganalisa tingkah-lakunya. Abah loves to be watched (sama la macam Yam)

Sampailah suatu hari, mungkin sebab dah fed-up, abah dengan segala kuasa dan tenaganya memecahkan kotak rubik itu. Kemudian, disusunnya kembali satu persatu mengikut warna mereka.

'Eh, abah dah siap lah! Wah... jadi ke arrow-arrow tu rupanya...' ujar Ummi terkejut.

Abah pandang aku. Dua-dua tersenyum.

*
*
*

There's always a way out to jalan buntu. Dan tak semua orang perlu tahu cara kita selesaikan masalah tu :)

3 perkara

Terjumpa coretan ni dalam selakan-selakan buku lakaran (baca: sketch book). This was on the 15.11.2015

Ya Rabb,
sungguh aku tak tahu apa
yang terbaik buat ku.

Definisi dakwah itu luas,
seluas lautan-lautan duniawiMu.
Maka Kau tunjukkanlah padaku,
lautan mana yang sesuai buatku.

Definisi berkasih itu juga banyak,
sebanyak pohon-pohon di rimba.
Maka Kau tentukanlah,
pohon mana yang serasi denganku.

Definisi teratak itu kabur,
sekabur masa hadapan yang bakal menanti.
Maka Kau jelaskanlah ia,
agar aku nampak,
teratak terakhir itu di mahligai Mu.

*         *         *

Jalan itu jauh, maut itu dekat.
Lelah memeta capaian,
tak bermakna lelah memeta harapan.

Thursday, February 25, 2016

Archi #48 - Studio GBL 7

Hallo Nurul Huda MOHAMED,

nach Rücksprache an der Abteilung Gebäudelehre ist es uns leider nicht möglich, dich am Entwurf des vorletzten Semesters weiterarbeiten zu lassen. Da du eine negative Beurteilung hattest, musst du den gesamten Kurs wiederholen.

mit freundlichen Grüßen,
Corina Binder

*        
*
*

I guess I do have to import the hebrew alphabets soon for further plans... Plan A sampai Z habis dah. Huruf jawi dah separuh jalan.

This country is yours - A.R. Rahman

This country of yours is your motherland
And is calling out to you
This is a bond which can never break.

How can you forget the scent of your earth
You can go anywhere but you'll always come back
In new paths, in every sigh
To your lost way
Someone will say

Life is telling you
You have achieved everything now what's left
Looks like happiness has been showered on you

But you're far from you home
Now come back oh crazy one
Where at least someone will call you their own
And will call out to you
That very same country

Sunday, February 21, 2016

Ameen #37 - Ummi yang klasik

Nyayian Serambi Ramli Sarip adalah merupakan lagu fevrey ummi. Ummi selalu nyanyi lagu tu dalam kereta drive kami balik sekolah, dan ketika memasak di dapur, dan ketika menonton TV, dan ketika menyidai kain, dan ketika mengemas rumah, dan lain-lain aktiviti.

Tapi ummi is ummi, tak ingat lirik. Dok ulang-ulang chorus 4 ayat tu sampai bila-bila.

Sampai stuck dalam kepala anak sulung dia. Bila rindu, anak dia cari lagu tu dalam YouTube dan putar berpuluh kali. Kesian kak wan kena dengar selalu.

Baru perasan, indah sungguh gubahan lagu ni.

Nyanyian Serambi - Ramli Sarip

Tuai pagi balik petang
adakala sampai malam
cari rezki bawa pulang
buat orang yang tersayang
bersabarlah

Wajahmu di mana-mana
senyum kasih mesra kasih
cinta murni kan bersemi
bersama ketulusan budi
bersemi

Lama ku cari rahsia kasih
rindu kasih untuk berkasih
senang-senang duduk diserambi
senandung lagu puisi
zikir zaman nyanyian zaman

Andai kasturi hilang harum
mawar tak berkuntum
cinta tak bersambung

Biar emas setinggi gunung
kan ku peluk rimbun ampun
rahmat yang Maha Agung.

Thursday, February 18, 2016

Archi #47 - Studio GBL 6

Sehr geehrte Frau Corina Binder,
bitte entschulgiden Sie mir wegen der mehreren zugeschickten Emails. Es wurde automatisch mehrmals an Ihnen geschickt. Irgendwas stimmt nicht bei meiner TU Webmail. Ich schickte Ihnen jetzt wieder die 3 Dokumente. Ich hoffe, dass es dies mal funktioniert wird.

*         *        *



Please jangan judge aku dengan masalah system ni, wahai Betreuer B. Ya Rabb, kau bukalah pintu hati dia dan mereka seluas-luasnya untuk luluskan aku. Ameen.

Archi #46 - Studio GBL 5

jasmin kata baca bismillah, baca bismillahi tawakkaltu alallah, baru tekan send...

aku buat sebijik tu, jiwa raga mulut otak semua baca tu sama, send, and then...  'Your time for the 30 minutes TU Webmail has expired.'

ok, takpa, kita cuba lagi.
upload balik all the heavy data, ok, dah. Bimillahi tawakkaltu alallah, la hawla wa la quawwata illa billahi aliyyil azim' . send, and then... email stuck, sent 6 times automatically. hah?? ada satu ja butang send, macam mana sampai 6 kali send ni?

wei, apa ni wei... apa... kah... ini...

dalam 6 email yang di auto-send tu satu ja file attached. memang tak la Betreuer tu nak cek satu-satu.

jom ramai-ramai pakat tengok siling rumah, cari jawapan dan inspirasi kehidupan. Eh, lupa, aku loner dalam rumah ni. pakat tengok sorang.

Archi #45 - Studio GBL 4

Sehr geehrte Frau Corina Binder,

wie am Mittwoch besprochen wurde, habe ich mit Ihnen bezüglich das Studio GBL SS2015 besprochen, da ich wegen meiner Lage eine dringende zweite Meinung bräuchte, um mein Studio positiv bewertet werden zu können.
Ich bin auch dazu bereit mein Studio nach Ansprache zu verbessern, um es positiv bewerten zu können, da ich leider die Möglichkeit nicht habe es im SS2016 zu wiederholen. Aufgrund meiner zeitlichen und finanziellen Einschränkungen, in dessen ich das Stipendium von der Regierung Malaysias bekomme, da ich aus Malaysia komme, sollte ich das Bachelor Studium Architektur in drei Jahren abschließen.

Wie ich mitbekommen habe, wegen den zahlreichen Vorlesungen, Übungen und Wahlfächer bezüglich den Studios, erschwert es uns viele Sachen in einem Semester abschließen zu können. Den Druck den ich leider habe, ermöglicht es mir nicht das Studio nochmal zu wiederholen, deswegen Bitte ich Sie mir zu helfen und mir eine Chance zu ermöglichen, das Studio abschließen zu können.

Im Anhang dieser Email sind 3 Dokumente: 
1 zip file mit 3 pdf Dateien - Endpräsentation, Pläne (A3-format), Readings; 
1 zip file mit 4 pdf Dateien - Beamerpräsentation Aufgabe 1-4; 
1 jpg Datei Stipendium_Bestätigung (Ich habe das erste Jahr meines Studiums, ein Stipendium bekommen, dennoch werden die weiteren zwei Jahre des Studiums jeweils separat angerechnet.)

Ich wäre Ihnen sehr verbunden, wenn Sie mir mein Anliegen akzeptieren würden.

Vielen Dank für Ihr Verständnis!

Mit freundlichen Grüßen,

Nurul Huda MOHAMED
1127931 https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif


Archi #44 - Studio GBL 3

to do list till tomorrow

1. seperate dan merge kan file-file yang berkenaan
2. lepas dah separate dan merge, cari jalan macam mana nak compress semua file yang berdata saiz besar. try zip file dan lain-lain.
3. Gmail tak boleh tampung zip file besar. try TU Webmail.
4. karang email dalam bahasa jerman. tak reti, so karang english dulu.. 
5. oh perkataan formal english pun banyak dah lupa rupanya. ok, now translate everything in german back.
6. minta jasmin check kan grammar dan struktur ayat
7. email jasmin dan sümeyye, depa dapat tak file dan boleh buka tak file from TU Webmail. boleh!
8. email translated, checked, and file uploaded.

Archi #43 - Studio GBL 2

1. Otak kau dah tak boleh nak berfungsi, jantung kau berdegup kencang gila. Nasib baik kau tak buat Termin (appointment) dengan Betreuer K, kau redah ja. So masih boleh change route.

2. Kaki kau just terus ke Betreuer B. Otak masih tak berfungsi. Tangan kau automatik hulur salam ke Betreuer B.

3. 'Hai, ich komme eigentlich wegen einer zweiten Meinung bezüglich Studio Gebäudelehre.'
'Ja, was meinst du damit?'
'Ermm... ich möchte es verbessern damit es ppppp...pooositive bbbewertet sein emmm zu können?'
'Wie?'
'Emm..emmm... ich meine...'

Kau memang tak sedia dan tak sangka akan jumpa balik dengan Betreuer B. Otak dah tak berfungsi, german dah tunggang-langgang. Betreuer K yang kau harap boleh tolong kau, tak tau pun kau akan dan nak jumpa dia actually.

4. 'Tak, yang awak minta tu tak possible. Sebab markah ditentukan bukan dari saya ja, tapi dari board. So, ulang ja la balik studio.'
'Tapi tak boleh. Sebab saya ada banyak lagi studio yang lain.'
'So buat ja la parrallel.'
'Tak boleh, banyak lagi subjek sana nak kena cover, and scholarship saya sampai Semptember ni ja. Dan saya rasa Studio saya hrtu boleh lulus. Even Zwischenpräsentation saya lulus.'

Kau keluarkan surat financial statement MARA. Argumen kau dan Betreuer B makin rancak, tapi kau tewas german, kau cakap english ja. Otak dah tak boleh proses jerman dalam kekalutan ni.

5. 'Awak tulis email kat saya. Tulis balik semua argument awak di email. Saya bincang dengan institut nanti. Saya tak boleh nak janjikan apa-apa.'
'Terima kasih.'

Archi #42 - Studio GBL 1

1. Kau takut gila nak jumpa Betreuer K tu sebab kau tak kenal dia. Tapi kau perlukan 2nd opinion untuk Studio Gebäudelehre yang kau fail last summer sem.

2. Kau nekad untuk print semua poster and file data, present dekat Betreuer K.

3. 'Cik Sekretari, muka Betreuer ke tu macam mana rupa dia actually? Sorry saya tak pernah jumpa dia.'
'Oh tak pa... just turun tangga tu, meja paling hujung tu dia.'

4. Kau dekat atas tangga tersentak sebab kau rasa kau nampak Betreuer B (betreuer kau yang failkan kau sem lepas)  duduk bertentangan dengan Betreuer K. Dekat seminit kau fikir atas tangga tu, nak proceed ke tak ni...

5. Kaki kau just melangkah ke hadapan. Oh hair cut ja sama... bukan Betreuer B.

6. Sesampai ja dekat sisi meja Betreuer K, kollege di meja sebelah dia pandang aku. Ok, itu Betreuer B.

Itu Betreuer B

Itu Betreuer B

Itu Betreuer B

Itu Betreuer B

Itu Betreuer B

why... why... why... why...

Tuesday, February 16, 2016

Monday, February 15, 2016

Archi #41 - TWL 0 GESCHAFFT

Du hast sie im 1. Semester nicht geschafft. Jetzt aber doch :) also noch a bissi mühe bitte

Das wird schon gehen, inSyaAllah.

Morgen los mit dem Betreuer für Studio Gebäudelehre. Bismillah...

Archi #40 - 1,5.Versuch

Aku
terkebil
malu
kaku

minta peluang rayuan lulus
kedua kali itu.

Aku
penat
pusing
runsing

fikir persembah bahasa asing
kedua kali itu.

Aku
gentar
takut
kecut

tak mahu gagal
kedua kali itu.

Aku capek dengan tidur yang tak lena, mimpi yang buruk, kerisauan yang membunuh.

Masalah manusia #30 - ILUSI SI PEMALAS

Masalah kita ialah

terlampau bangga
dengan susur galur
terlampau alpa
dengan ilmu teratur.

Masalah kita ialah

gua sudah mengembara 30 negeri
gua sudah mengenali dunia kurang 1 dekat
gua sudah saksikan kekejaman di depan mata sendiri
gua sudah menganalisa isu semasa ini
gua sudah meramal ia jauh 5-6 tahun terdahulu
gua sudah tahu apa kan terjadi selepas ni
gua...
gua...
gua...

baiklah, kau tahu semua
lantas apa tindakan mu?
sekadar pendekar di applikasi pencicip?
perasan dirimu senantiasa diintip?
sedangkan mulutmu itu sudah lama diketip.

Masalah kita ialah

Rasa sudah cukup pabila bersungguh cakna isu ummat.

kau tahu?
Jika yang lain punya uang sebanyakmu,
mereka juga boleh jadi seperti kamu.
Kehebatanmu bukan pada sumbangan tenaga,
hanya pada uang saku pemberian rakyat duka nestapa.

'Hey, tak mahukah kau berbakti
dengan lebih mendalam nanti?'
Timbalah pengalaman, usia mu itu masih muda, usah dibazirkan.'

kau melatah
pabila diberi amanah
anugerah Tuhan terserlah

Ah!
Pengalamanku sudah jauh mematangkan aku
Tanya saja naskah-naskah itu
Semua itu guru sifu ku!
Tanya saja tiket-tiket yang tersusun itu
Itu bukti sumbangan baktiku
Kau siapa tak kenal aku?!
Apa saja yang kau tahu!
Ayo, tunjukkan ilmumu
Kitab mana, naskah mana, laman sesawang mana kau mampu
Kita bandingkan siapa yang lebih tahu!

Masalah kita ialah

terlampau bangga dengan pencapaian

Ketahuilah,
kau bukan berseorangan.
Ramai lagi diluar sana spesismu.
Lain rupa, lain bangsa, lain budaya.
Tapi fikiran mereka saling tak tumpah bak kamu.
Menumpang mimpi indah
Hasil titik peluh umat terdahulu.
Seakan kau turut melawan musuh datang berpusu-pusu
Seakan kau turut serta mengangkat pedang
Sedangkan telingamu disumbat lagu metalika korea jepang.

Ketahuilah,
kau tak lain hanyalah seorang naratif.
kau hanya sebahagian daripada sejarah.
kau hanya
penonton,
pencerita,
penganalisa,
peramal.
Tapi kau bukan,
jauh sekali bukan
seperti mereka yang kau kagumi.
rakan-rakan mu yang cuba kau pandang rendah,
ya, mereka itulah yang sedang mengorak langkah
berkhidmat rela tenaga dikerah.

Oh ya,
Kau hebat dalam meramal bukan?
Nah, sekarang ramalkan lah,
bahawasanya
guru sifumu itu
bakal mengajarmu
sejarah, usaha, keringat, darah
yang sedang dicipta
oleh sahabat taulan seusia mu.
Sambil kau di atas kerusi malas
masih lagi bangga dengan pengetahuan tak berbalas.

Sunday, February 14, 2016

Ameen #36 - ASKARI 2

Dulu masa kecil-kecil, ummi selalu cerita perihal arwah tokwan sebagai seorang askar.

'Ummi, tokwan jadi askar dia kena buat apa?'

'Masuk hutan... tokwan tukang masak dulu. Dia jugak tere urut orang. Askar-askar dulu kalau salah urat, tulang dislocated ke apa ke, dia cari tokwan dulu baru pi doktor.'

*         *          *

Hampir lupa, belah abah pun ada...

'Acik mesti happy awak masuk askar, Ju.'

'Haah.'

'Awak jadi macam arwah Cica.'

'Kak Huda, haritu Iju pakai baju askar, testing skali boot arwah ayah. Mak nampak dia terus nangis. Sebab dia teringat dekat arwah.

Monkeys #1 - Parenting 101

Anak-anak bukan alat untuk ditunggang bagi mencapai impianmu.

Vienna #41 - JIRAN SEBELAH

That moment when you are already inside the kepompong selimut, wrapped baik punya, about to go to sleep, just finished pasang niat puasa ganti for tomorrow, and right away smelled a very strong pungent scent of hookah from the window next door.

Esok kalau aku bangun migrain, hang ganti puasa aku

Childhood & Parenting

"I think it's the books that you read when you're young that live with you forever."

(J.K.Rowling)

Saturday, February 13, 2016

Layar #14 - Of Rewan Ishak and Nik Amir Mustafa

Boleh patah harap jugak la kalau tengok kualiti drama dan filem tempatan. It kind of shows us the real demands of the majority of Malays, what kind of mentality they have, what their main concerns in life are...

No quality and merapu sana-sini.

Until I met Rewan Ishak's and Nik Amir Mustafa's films, be it short or full films. The kind of directors needed by the rakyat. Terima kasih kerana memberi nafas baru dalam industri ini.

To name a few: KIL, Terbaik Dari Langit, Pasport Ekspres, Light Bulb and many more.

Friday, February 12, 2016

Archi #39 - JALAN ASING

Road not taken.

Tak guna banding 'harga' kalau 'material' tak sama.

Jalan kita lain-lain.

Thursday, February 11, 2016

Ameen #35 - ABAH 3

Abah ni lawak dia terlampau lame tahap sampai terpaksa gelak guling-guling terbahak-bahak sebab teruk sangat lame dia.

Sayang abah :)

Vienna #40 - TERAPI

I guess, one of the biggest nikmat Allah grant me living here is that I learn how to cry.

WKK #17 - JUJUR

'Kristina, apa pendapat kau kalau aku ambil journalism?'

'Aku rasa kau tak kan hidup lama.'

'Asal? Aku tak reti menulis ke?'

'Aku rasa kau akan tulis cerita yang benar. Kau takkan bohong. So, kau akan mati dibunuh.'

Hamboi...

Ameen #34 - JIWA LAIN

Behind every scene of every budak kampung yang terjun mandi sungai is a jealous budak bandar who secretly wanna be like them too.

This kind of budak bandar never enjoys video games, always looked out the window wondering if he/she could roam around freely, and are always super excited to see lembu and kambing.

Yes, we are.

Ameen #33 - JIWA KAMPUNG

Being raised by a kampung girl, I never think that we the 3 siblings enjoy kota life that much. At least, I know I don't.

When we were kids, Ummi would tell us stories of her at the bendang, catching those fish with her short pants. She would help tokwan chop the woods to build a table for her to study.

Where she would have to bath with the icy air perigi. Where they all would gather watching TV at her neighbour's house because apparently, only that house had TV in the whole kampung.

Any many more stories that excite me like crazy, but at the same time made me feel so jealous.

To which I whisper to myself, I pray to be a kampung girl and marry a kampung boy, so that my children would be budak kampung.

*

I guess deep inside, I still kinda utter that prayer till today.

Ameen #32 - KHEMAH

*       

Wednesday, February 10, 2016

HEAVY

"When God puts you in a situation where no one can help, He really means bussiness - one on one."

(Matluthfi90)

*         *          *

*getap bibir*

Ameen #31 - YAM N DRIVE 5

... and even bila dah sampai rumah, kalau tiba-tiba lagu yang sama diputarkan kembali oleh DJ radio, we would again pretend to be singers sampai lagu habis, baru masuk rumah.

Sayang Yam :)

Ameen #30 - YAM N DRIVE 4

Whenever Yam and me would get stuck in the traffic jam in KL (sebab salah timing... we hate KL, kami Selangorrr!), we would patiently wait for the radio to play our favourite song.

'Yam yam, lagu niii!'

We would then joget bagai nak gila dalam kereta selagi mana seat kereta mengizinkan, lantak la kereta sebelah nak kata apa.

We are perempuan, we have too many hormones to handle.

Ameen #29 - YAM N DRIVE 3

Ada suatu hari, kau dan Yam bergaduh teruk, anak sulung dengan anak bongsu ni usually panas orang kata.

Tapi disebabkan kena pi kenduri kahwin Nad (housemate Iman) untuk mewakili Iman, maka kami put aside our ego, dan saling bermasam muka sahaja di dalam kereta menuju ke Shah Alam from Kajang (2hours driving)

Turns out, dekat Petronas Kajang baru tahu Yam takda data dalam phone, so no GPS. So, instead of gaduh salahkan masing-masing, we came out with the idea of konon-konon berada dalam rancangan TV Amazing Race.

Amazingly, we did arrived to the kenduri tho. We made a good team.

Lupa dah pagi tadi gaduh.

Ameen #28 - YAM N DRIVE 2

We have this sort of unwritten agreement.
KL dan Selangor Utara (pasai kena lalu KL jugak), kau drive
Selangor Selatan, Yam drive.

Sebab dia agak mudah, Yam malas nak handle jem KL.

Driving manual in KeyEl is azab to the kaki.

Ameen #27 - YAM N DRIVE 1

Tiap kali cuti musim panas, tiap kali tu jugaklah Perang Saudara se-Kajang akan bermula. Puak Huda dan puak Yam.

Gaduh siapa dapat drive kereta.

Manual okeh. *flip hair*

WAHL

"Nicht die Glücklichen sind dankbar. Es sind die Dankbaren, die glücklich sind."

(Francis Bacon)

"Bukan yang bergembira itu yang sedang bersyukur. Yang bersyukur itu yang sedang bergembira."

*          *          *

Bermain dengan pilihan atau bahasa atau kefahaman?

Archi #38 - RAYUAN STUDIO

Here's how you prepare to meet Betreuer untuk rayuan kelulusan projek studio kau,

kau tulis blog panjang-panjang.

Pfft.

ZON #1 - BEING JUDGED

Remember those time when you were 12 and weighted 61kg? Yes, you were a bola.

Remember that you thought all students had to sign up for the sports club only to realise later that it wasn't compulsory?

Remember that none of your 6th grade friends entered the basketball club so you're left alone beratur sorang-sorang in your spot?

Remember your 1st day in that basketball training, your kaki terseliuh baik punya sebab badan hipotatamus kau tu hempap kaki sendiri?

Remember how you try to express your pain in japanese, because apparently none of your teachers understand any other languages except for nihongo?

Remember that you went back home crying because you couldn't stand those japanese basketball team players staring at you because of your tudung and broken japanese?

Remember you asked ummi's permission to quit basketball?

Remember that later you decided to still stay with the basketball team despite feeling neglected and rejected?

Remember that you always tak senang duduk tak tau nak solat kat mana during basketball tornament?

Hambui banyaknya masalah budak 12 tahun ni...

*

But hey,

Because of all that,

you've lost 10kg. You came back to Malaysia with 49kg.

you knew that Iman was the best support system and still am, not only in basketball but in all.

your japanese at that time improve tremendously (masa tu ja la... siap boleh gaduh dengan budak korea)

and until now, basketball is your dear :)

Tuesday, February 9, 2016

Ameen #26 - BROTH SAYUR

Bahaya bila kita attempt masak masakan ummi ni adalah apabila hang masuk dapoq terus terhidu bau rumah T_T

Tak tau nak nangih pasai mana dulu,  pasai masak broth jadi sebijik macam ummi ka atau pasai rindu rumah gila-gila.

Thoughts #38 - BERSIN

Kenapa dalam setiap peradaban dan tamadun, kalau orang bersin ja ia mesti akan disusuli dengan ucapan kesejahteraan atau doa?

Aachchoooo!

"Yarhamkallah!"
"Bless you!"
"Gesundheit!"

Why time bersin eh?

Thoughts #37 - GIVE N TAKE

There's a different between loving animals because they make you happy and because you want to make them happy.

As for the 2nd one, that's why orang tak faham kalau kucing kurap pun kami sayang :)

Our interests might be the same, but our intentions might differ.

Sebab tu tak serasi.

Monday, February 8, 2016

Archi #36 - BOOTCAMP

Esok kalau anak minta nak study architecture, aku suruh dia try tak tidur 5hari straight sambil tahan dimaki 24/7.

Kadang aku rasa archi ni dengan askar macam takda beza ja. Dua-dua lenguh badan, dua-dua tahan maki.

Thoughts #36 - HOME

If there is ever such thing as honeymoon, then your choice would not be for Europe.

You'd go for Lombok, Sabah, Sarawak (the Borneo in general), or the east coast a.k.a pantai timur.

:)

Sunday, February 7, 2016

Thoughts #35 - PLANUNG

They say, don't worry. If plan A doesn't work, you still have 25 letters to go.

Ni bukan kata nak masuk letter ke-25, ni dah masuk hurop jawi dah pun. Silap haribulan kena import huruf hebrew. Doh guane?

Vienna #39 - GADUH

That moment when you're not sure wether you memang dah hati kering-kontang takda perasaan, or you know where to invest your feeling and energy into.

.

Note to self:
1) gaduh dalam german ni sangat lah tak best. Nak ekspres diri susah, nak terangkan situasi susah (apatah lagi nak fix situasi) Nasib tak lempang ja tadi.

2) sesungguhnya gaduh dengan perempuan ni sangat pointless. Kadang aku faham ja kalau laki give up, terus tangan perempuan ni.

Vienna #38 - FIX YOU

Pagi ni internet rumah tak berfungsi. Puas kau godek modem tu tak dapat-dapat punca problem. Last-last kau call UPC-Anbieter (internet provider).

'Cik on off balik, maybe suis modem rosak.'
'Cik test kat plug lain, maybe plug rosak.'
'Cik tengok lampu mana menyala, maybe compartment rosak'
'Cik nak kami hantar modem baru? macam modem tu sendiri yang rosak.'
'Cik nak pick up sendiri ye ?' (sebab satgi hampa kata post pulak rosak...)

esok settle la tu lepas pi HQ... sambil memetik suis lampu tandas. Eh? Lampu mati juga? Eh... jap... ke... Panjat kerusi. Usha kotak letrik. Ok, fius jatuh. Blackout rupanya. Patut modem tak jalan. Ni bak datang 10 modem baru pun tak jadi gini haha... kau berjenaka dalam hati.

.
.
.

Kadang 'masalah-masalah' kecil sekeliling kita tu bukan masalah, tapi simptom kepada punca masalah sebenar. Dan kadang tu, solusinya kita discover di tempat yang tak diduga.

.

Kadang tu kau cuba nak betulkan keadaan sedangkan kau lah punca masalah.

Ameen #25 - INQUIRI

Dulu-dulu zaman tadika selalu kena tunggu ummi habis kerja. Jadi, masa menunggu dihabiskan dengan aktiviti bernas.

You used to petik cili api merah dari pohon renek tu and rub it on your lips. Konon nak lipstick. Nak merahkan bibir semerah cili padi. Ya Allah... burn wei bibir... Burn...!

You used to tenung at those sampah kertas dan habuk di pejabat ummi that was compiled on the floor and wonder how it smells. Maka kau mendekati sampah tersebut dan menghidunya  (baca: menyedut) habuk tersebut dari jarak 1cm. Hidung kau bertukar menjadi vaccuum. Rasa nak nangis. Burn wei hidung... Burn!

Dalam burn burn tu pun, kau tak berani bagitau ummi, takut kena marah. Bila dah reda azab pedih tu, baru slow-slow bagitau ummi.

*          *          *

Masa tadika dulu, semangat inquiri itu sangat tinggi dan menebal di dalam diri. Sampai ke suatu tahap, kau sanggup harung apa sahaja demi menjawab persoalan-persoalan yang terdetik di hati, yang tak terjawab oleh akal fikiran. Bila pedih, kau tak terus mengeluh, kau sanggup tahan sebab tahu salah sendiri. Tak mau kena marah.

Mana ntah pergi mentaliti suci tu... terlupa? atau dah dicemari?

CERITA KAMU

"7 billion people experienced this day in a different way."

.
.
.

Tujuh billion cerita... pada hari yang sama... wow...

Saturday, February 6, 2016

Wednesday, February 3, 2016

WISH #10 - ROLE

to have a long chat with Suhaib Webb. I have so many things to ask, so many things to say that I don't even know where to start.

WISH #9 - PENYU

to visit and to say sorry to those penyu (if by any chance be able to meet the leatherback turtles) of our greed that leads to the extinction of your species

Maafkan kami sang penyu, rakan tuan di seberang laut sana mengharung sampah sisa kami. Straw menyekat saluran nafas rakan tuan. Ampunkan kami

ZON 0 - KICK START

May this Tag serve as a reminder of everything He'd saved you from since Day 1 of getting out of your comfort zone.

Like what Tariq Ramadan pointed out in one of his speech:

"Iqra'. I cannot read. Iqra' bismirabbik allazi khalaq. Read. In the name of your Lord, read. Meaning, even if you cannot read, but with Me, you are able to read."

*         *         *

Sometimes, what holds you back from getting out of your comfort zone is not just because you are comfortable enough with your situation, but the fear you have thinking everything would seem impossible on the other side of the border of that zone.

So, there goes your faith and trust in Him.