Sunday, June 7, 2015

Masalah manusia #14 - ICH VERSTEHE NICHTS

Ada pernah sekali tu kena ambil peperiksaan General Knowledge (Pengetahuan Am) di UK, ketika mendaftar masuk ke sekolah di sana bagi memudahkan proses pengkelasan murid-murid. Tika tu umur baru 11 tahun.

'What is the colour of coal.'
A. White
B. Yellow
C. Pink
D. Black

Satu jam berperang cuba meyakinkan diri bahawa sesungguhnya itu typo.

Depa nak tulih coat.

C. Pink

Rasa bodoh sangat bila ummi kata coal itu arang. Down sehari. Ntah-ntah seminggu. Atau sebulan. Mana nak ingat.

.
.
.

Kadang tu, bukan kita tak tahu. Kita just tak faham.

No comments:

Post a Comment