Penulis cerpen pendek, the critical thinkers throwing sincere questions be it rhetorical or not.
Mereka yang keluar daripada kepompong drama buaian mimpi ilusi sendiri.
Mereke yang sedar perubahan tak kan mungkin berlaku dengan mengomen, melontarkan pandangan bernas (sekali lagi ilusi sendiri), mengutuk, meluat dan membenci. Di atas meja makan sambil menikmati rezeki Tuhan.
Mereka yang sedar perubahan tak kan mungkin terjadi dengan hanya memuji-muji kejayaan orang lain sambil dengan mudah mengucapkan kata-kata : "Alhamdulillah... inilah dia harapan bangsa. Moga kau kuat dan berjaya mengubah ummat." ... senangnya kau melepaskan tanggungjawab ke atas bahu orang lain, hanya kerana dia mahu untuk keluar dari kepompong dan bekerja. Walhal kita semua khalifah (2:30).
Tanya diri, terencat akal kah kau? Kudung kah kau? Tempang? Buta? Pekak? Miskin kah kau?
Jika tidak, maka bergeraklah!
Sedangkan mereka yang kurang upaya turut berusaha semampu boleh...
No comments:
Post a Comment