Monday, February 23, 2015

WWK #8 - SUPPORT

'I passed structural engineering and wing assembly'

'I'm so happy for you.'

'With a 3 and a 2.'

'Noooo... Oh my God, that's so great.'

*                     *                     *

1) Teringat sem lepas, sem paling killer setakat ni, dengan 4 studio dan workshop. Ditambah dengan lecture-lecture yang tak mampu nak cover. Usrah kita dan usrah adik-adik lagi. Adik-adik tak mau reply message tak payah cerita la.

3) Rahang kejang, sakit belakang, muka sakit, migrain, emosi swing, overnight di TU, tiap kali balik rumah berat dada, bercucuran air mata, rasa keseorangan yang teramat, depression and loneliness , sakit bahu dan tangan akibat mengangkut dan membina model ke sana ke mari, dan lain-lain kejadian buatkan badan tak mampu tampung stress.

4) To the extend that kau minta satu ja dekat Allah, Allah aku pohon Kau, tolong jangan bagi aku gila. Dont ever let me loose my sanity, please. Send me your support.

5) Dan Allah makbulkan doa ku. Doa ummi, abah iman yam. Kristina datang stay hampir sebulan kerana pembedahan gigi di sini untuk kali ke-3 tak silap aku. Dia tak dapat tolong banyak dengan kerja. Dia sendiri lemah, lepas pembedahan gig. But the moral and spiritual support was there.

6) Ada sekali tu, aku balik penat sangat. Exhausted. Dalam otak tak payah cerita. Tengok Kristina terbongkang atas katil dengan mulut bengkak pasca pembedahan.

7) Hari yang sama, aku bertengkar dengan Kristina. Hal kecil, tapi aku rasa sakit sangat. Mungkin sebab fragile waktu tu. Kami tengah tonton movie waktu tu. Aku ambil bantal dan terus baring mengadap laptop.

'It wasn't that bad what I said, ok.'

'Then I guess I'm too fragile, huh?' balasku secara sarkastik. Suara dah mula pecah. Aku tahan air mata.

'Let's just watch the movie. Or you don't want anymore?'

'Can you please put your hand over my head. Please...'

8) Dan dia letakkan tangannya di atas kepala ku. Terus bercucuran air mata jatuh. Bukan setitik-setitik, tapi deras macam pili air paip yang dibuka. Tangisan paling senyap aku pernah buat. Bantal basah habis. Kristina terus mengusap kepala ku berkali-kali tanpa menyedari kondisi aku ketika tu.

9) Aku tak boleh berhenti menangis. Bukan sebab aku sakit hati atau sedih dengan keadaan serabut aku, dan bukan sebab aku bertengkar dengan Kristina.
Tapi sebab aku terlampau bersyukur Allah hantar dia di sisi ku tika tu. Terlampau bersyukur.

10) Patutlah syukur tu sangat penting. Dan patutlah orang-orang yang masuk syurga lupa terus kepayahan mereka di dunia. Baru ku tahu, perasaan bersyukur ni boleh mengatasi semua negativiti dalam hidup.

No comments:

Post a Comment