Tuesday, December 30, 2014

Thoughts #4 - SOLDIER

I would love to have twins and many boys.

Sebab 'lelaki' tu dah sgt rare di zaman ni.

Monday, December 29, 2014

Thoughs #3 - DOA

Kau hanya akan tahu apa yang kau nak doa, bila kau buat.

When you do, then you know.

DM #6 - LET'S JUST HELP

Generasi kami tak cakap banyak, tak komen banyak. Kami terus buat.

Sebab cakap lebat itu buruk.
Because action speaks louder than words :)

P/s: alhamdulillah air di kelantan dah makin surut

Saturday, December 27, 2014

Thoughts #2 - DREAM

Allah keep our Dua' to the extend that kita sendiri lupa apa yang kita pernah doa.

After sometimes then only you started to realise that hey, i used to wish for this, this is what i used to dream for.

Kita lupa. He, on the other hand, never.

Thoughts #1 - BANJIR 12/2014

Rasa nak balik Malaysia dan volunteer utk bantuan mangsa banjir...

My tanah air...

Thursday, December 25, 2014

Vienna #17 - BERHENTI MEMBANDING

For some people, they 1st need to be welcomed with red carpet to get to the working field... for some, paap awal-awal lagi kena pegang penukul to pave their own road to get to the desk.

Either way, He has His ways to introduce you to the task, according to your level of acceptance and comprehension.

At the end of the day, we all have to work.
Different tasks, same goal. InSyaAllah :)

BOX

Ameen #3 - DIENER UND REICH

'Huda, jom Al-Mulk sama-sama tiap malam lepas ni...'

'Jom, Yam!'

Masalah manusia #13 - BANJIR

Bilamana kau terlampau kerap post perihal bantuan kecemasan buat saudara di Syria, Palestin, Myanmar dan lain-lain

Dan

Bilamana kau post perihal bantuan kecemasan di Malaysia...

Macam ni rupanya perasaan mereka pabila hati rasa spt disiat-siat tengok tanah air menderita...

Macam ni rupanya perasaan mereka pabila nampak saudara berlainan negara turut menghulurkan bantuan buat tanah air kita.

Monday, December 22, 2014

WWK #6 - PALSU

Demam yang severe pun rasa macam sihat sikit lepas habis presentation 3D Modelling. Literally kau rasa boleh bernafas balik. Sumpah. Buktinya, walaupun kau mengah, semput, batuk tak henti, physically breakdown, kau still menggagahkan diri jalan kaki sejam balik rumah because u just want to feel every damn free second u just got... paham tak bebas?

Malam tu kau just baring atas katil, tak mahu fikir apa-apa...

'How was your day?'

'I finished the last presentation before the christmas holidays. Not a good one. It was bad actually, but i just couldn't stand it anymore, Kristina. I have sooo my things to do, but at least the next presentations and submissions are after christmas.

'I know.'

'I wanted to vomit. But I had this most amazing artificial temporary happiness after the presentation.'

'It's horrible.'

Dan hari ni hari isnin. Tak sedar 5 hari dah berlalu since the last 3months-marathon-slaughter-house programme, which was rabu lepas.

Hari ni aku dikejutkan dengan mimpi berdepan dengan kerja-kerja aku yang serba tak jadi dan muka-muka prof-prof yang tak puas hati serta perasaan rasa nak bunuh diri. Rasa terlampau real mimpi tu. Mengigil badan pagi tadi, ni ke trauma?

Buatkan kau teringat kata-kata kau pada Kristina tempoh hari.

'It's the most amazing artificial temporary happiness.'

Ini rupanya rasa artificial...
sekejap rupanya temporary tu...

Friday, December 19, 2014

Ameen #2 - Abah yang advance

Sebenarnya penat aku godek haritu macam mana nak cas kotak kuasa (baca: powerbank) aku, sehinggalah satu hari tu aku masuk bilik abah ku lantas ternampak powerbank nya sedang dicas.

'uuuuuuu gitu rupanya...' bisik hatiku.

Terasa diri ini paling noob dalam sejarah noobies sampailah semalam Intan tanya dalam Skype:

'Huda, Syera pass kat aku powerbank kau. Turun Deutschland nanti amik balik. Btw, cemana nak cas powerbank ni? Jenuh pikir...'

Hah! Kau NOOB tan tan...!! NOOB! Bahagia jiwa 2 saat.

Vienna #16 - LOGIK

Harini Nad share satu soalan dia dapat dekat Firma (company) tempat dia tengah buat Praktikum (practical) sekarang, yang bunyinya lebih kurang begini:

Perempuan 1: Laki tak boleh tengok rambut kau kan?

Nad: Haah, tak boleh.

Perempuan 1: Perempuan boleh?

Nad: Hmmm... boleh.

Perempuan 1: Kalau Lesbian?

Tudia soalan paling logik aku pernah dengaq dalam sejarah soalan-soalan Deutsche dan Österreicher abad ni baq hang...
serious ada point di situ...

Thursday, December 18, 2014

DO

"Alle sagten: Das geht nicht. Dann kam einer, der wusste das nicht und hat es einfach gemacht."
- unbekannt

"They all said: It cannot be done. Then came one guy, he didnt know it and just did it."
- anonym

DM #5 - PENGORBANAN & TANGGUNGJAWAB

Maka katak itu memanjat dan memanjat, tiang itu. Hasrat ingin menuju ke puncak.

"Waah... terlampau tinggi mencakar langit tiang itu. Sedangkan aku si katak kecil" keluh si katak memanjat sambil melangut ke atas.

Ya, memang payah.

"Woiii turun...! Kau nak buat apa sampai atas sana!"

"Kau tak payah nak susah-susahkan diri kau... duduk sini saja, tiap-tiap hari kita disajikan lalat depan mata."

"Kau tahu boleh terbakar kulit kau dek terik matahari atas sana!"

"Kau bolehlah... kau memang hebat pun, tak macam kami ni..."

"Bukan spesis kita memanjat tiang! Lupakan saja hasrat mu!"

"Nanti bila dah sampai puncak sana jangan buat tak kenal kami pulak..."

"Sedar diri woi! Dah kecik buat cara kecik"

"Sebab jenis-jenis kau ni lah wujudnya istilah 'mati katak' kau tahu!"

Dan hatinya mula sangsi. Benarkah ini? Gilakah aku? Untuk apa semua ini?
Tanpa ia sedari, kakinya mula mengorak langkah ke belakang, mengundur. Berundur sehingga mencecah tanah kembali.

*                    *                    *

Selang beberapa hari, muncul pula seekor lagi. Ia pula mula memanjat.

"Haaaa ni sekor lagi... Woiii turun...! Kau nak buat apa sampai atas sana!"

"Kau tak payah nak susah-susahkan diri kau... duduk ni saja, tiap-tiap hari kita disajikan lalat depan mata."

"Kau tahu boleh terbakar kulit kau dek terik matahari atas sana!"

"Bolehlah... kau memang hebat pun, tak macam kami ni..."

"Bukan spesis kita memanjat tiang! Lupakan saja hasrat mu!"

"Nanti bila dah sampai puncak sana jangan buat tak kenal kami pulak..."

"Sedar diri woi! Dah kecik buat cara kecik"

"Sebab jenis-jenis kau ni lah wujudnya istilah 'mati katak' kau tahu!"

Si katak terus memanjat. Selang beberapa purnama, si katak sampai ke puncak.

Tak terkata si katak melihat dari atas sana.

Terdetik di hatinya,
"Kalau hanya dengan deria penglihatan pun Kau mampu buatkan aku kaku tak terkata dengan kekuasaanMu, tak terbayang bagaimana pula jika ia turut disaksikan oleh deria pendengaran yang lama sudah Kau ambil daripada ku.

*                    *                    *

Terasa tiang bergegar dari atas puncak, terus ia menjenguk ke bawah... tersenyum...

selamat datang :) selamat memikul tanggungjawab baru, wahai kalian sahabatku.

The Right People

"Es ist besser mit den richtigen Leuten durch den Regen zu laufen, als mit den Falschen in der Sonne zu liegen."

Masalah manusia #12 - REFLECT BALIK

Nouman kata we are the people of alhamdulillah... apa-apa pun we stay optimist.

Deep la Nouman ni...

Wednesday, December 17, 2014

Vienna #15 - GESCHLIEFEN

Schleifen ialah antara proses meratakan permukaan objekt. Ada banyak medium, paling common, mudah didapati tapi renyah ialah dengan menggunakan Schleifpapier (kertas pasir)

Mula-mula kita memerlukan beberapa jenis Schleifpapiere.
Schleifpapiere ni berbeza mengikut bilangan Körnung yg ada.
Schleifpapier paling kasar ada 40 Körnung, paling halus ada 180 Körnung atau lebih... tak pasti di situ...

Untuk meratakan permukaan model, kita perlukan 40 dulu, segala ketidaksama rataan yg sangat obvious will be eliminated. kemudian boleh beransur ke 120, akhir sekali 180 bg licin habis.

Sambil meng'schleifen' hati aku berkata, nasib baik kau daripada Modelling Clay, mungkin kau boleh tahan dgn gesekan Schleifpapier ni... tapi aku daripada daging yang dibaluti kulit. Kau tak tahu betapa peritnya aku di'schleifen' di sini...

Archi #17 - KETEPATAN

German's precision goes to the extend that it makes you want to vomit.

Zuuuu verdammt genau, Herr Professor! Die Genauigkeit, die Sie von uns verlangen, ist fast unmenschlich, meine Meinung nach...

Sometimes I wonder, for having experienced both worlds, which precision I would vomit more, the japanese or the german's.

Saturday, December 13, 2014

Archi #16 - PROJEK

Kau buat segala structural analysis, lighting, computer drawing, calculation, concept, etc. utk presentation SETIAP minggu yg hanya memakan masa max. 1 jam. Kalau dah 3 individual projek, maka 3 jam presentation every week. Smpi mental physical breakdown hah.

Buatkan aku terfikir, aku silap. Ingatkan hari qiamat nnt baru buat presentation dpn Allah. Sedangkan setiap apa yg aku belajar, setiap apa yg aku beri, segala usaha aku, all the thoughts, baik hafalan surah mahupun daily routine, etc, aku kena present kat Dia 5 kali sehari.

Archi #15 - Bila masalah Revit nak settle?

Setakat ni, dah 7 org aku minta tolong untuk ajarkan Revit... 6 person down, masih berharap pd 1 person lagi... dasyat betul Austrians ni...

Atau aku yg bermasalah ni, jadi magnet tarik benda2 cenggini dlm hidup?

Thursday, December 11, 2014

Masalah manusia #11 - MINDSET

There's this type of people who just want to believe what they want to believe, not what they should believe. They dig a big hole n in goes into their own trap. They dont fall, they jump willingly...

Kau explain lah mcm mana pun, dia xkan faham. U just pray that one day they'll go through what u go through. Time tu dia nak kata 'i feel u, girl', kau sengih je la...

Tuesday, December 9, 2014

Vienna #14 - COLLAPSE

Macam mana kita xkan dpt nikmat rasa sebenar kemanisan gula sampailah kita tertukar dengan garam time bancuh ayaq teh...

Friday, December 5, 2014

Masalah manusia #10 - UBAH

For some people, it takes all the energy to talk, and for some, to shut up.

For some people, it takes the whole smack down to change...

WWK #5 - kutip aku

Cukup seminggu dia datang menziarah, dan dia pandang aku sambil berkata:

"You know, Huda. If only I could adopt you and bring you back to Bremen, that would be great. You can't do this alone. This is too much for one person to handle alone."

"If you could rate my energy level, where would it be?"

"If -10 would be the minimum, you are on -7"

So dear Kristina, aku masih punya tiga tahapan untuk bergantung. InSyaAllah. Kalau aku rebah, mohon kembali ke Vienna dan 'kutip' aku.

DM #4 - Hipokrit

Aku tak faham bagaimana kau boleh cerita seluruh alam, betapa kau benci perihal dan perilaku dia, kononnya menikam dan mencemar air muka kau, dan kau masih lagi boleh menjamunya semeja dengan kau? Bergelak-tawa, berdua-makna (baca: double-meaning) dalam setiap pertuturan?

Semak balik cara kau menyantuni orang. Hipokrit kau itu yang menarik segala macam jenis manusia bermasalah dalam hidup kau.

If you cut, then make a clear cut. Else, dont go tell the whole world you aint got no thread left to stay intact.

Mungkin kau tak sedar, kau ketagih drama, ketagih cerita. Maka kau tak boleh berpisah dengan supplier.

Masalah manusia #9 - terus mengayuh

Aku tunggu saat itu.
Saat di mana semuanya akan dipaparkan di depan mata, satu-satu terungkai, apa sebab aku dapat semua ni.
Dan aku tahu,
Di saat tu nanti,
Aku akan rebah bercucuran air mata tak henti,
Mengimbas kembali,
Mula memahami,
Atas segala apa yang dilalui,
Sendiri.

Wednesday, December 3, 2014

Archi #14 - set kompas

Aku belajar to have the least expectation from others or the surroundings and to put the most expectation to yourself and your work.

Kalau Allah kata yang tu yang terbaik, maka inSyaAllah tu rezeki kau. Your job is to work on it.

Our job is the Effort,
His job is the Result.

Maka Prof. Kern cakap melayu dengan aku hari ni. "Tidak apa-apa, Selamat Tahun Baru"