Dahulu aku punya satu kelebihan/kepakaran yang aku belajar iaitu menjadi 'ular' di tengah-tengah rimbunan manusia pelbagai ragam, pelbagai rupa.
Menyusuri, menyelit di celah-celah mereka, mengetahui setiap satu hal. Malah aku boleh membengkok. Bak kata kristina, like a formable plastic that could be bend in any way. Tapi aku tak tahu demi apa.
Kepakaran tu membuatkan orang-orang yang aku benci pun boleh menyukai aku, menyanjungi aku, walhal aku mual dengan personaliti mereka. Tahap toleransi aku terlampau tinggi kerna aku takut dibenci.
Sehinggalah mereka di negara jiran mengajar aku hadis logam:
"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa islam, sekiranya mereka faham." (Sahih Bukhari)
Betapa kelebihan yang kau ada itu anugerah Tuhan, untuk kau gunakan, kau salurkan agar kau dapat menyembah (to serve Him) sebaik mungkin.
Sedikit demi sedikit aku ubah. Setelah bertubi-tubi tamparan Allah beri di Vienna ni, makin aku nampak. Makin tidak takut dibenci. Sikap 'ular' aku gunakan dalam menimba ilmu, as a surviving skill and strategy in the university. Bukan lagi dalam hal-hal manusia.
"I don't spend my energy on people with bullshit characters. They should know I do not welcome their company. They should know that whatever they do is wrong and they have to change themselves, and it is not of my bussiness to tolerate them. They don't deserve my tolerance, my energy."
Aku bencikan perangai aku dahulu yang talam dua muka, berpura-pura dan hipokrit. Menyelit, menukar rupa semata untuk diterima sekalian puak dan kumpulan hingga aku hilang pendirian.
Kelebihan yang ada ini harus disalurkan pada perkara yang lain...
No comments:
Post a Comment