Sunday, November 23, 2014

Masalah manusia #8 - UNIFORM

You,
hang out mostly (read: only) with your circle of friends,
with the same mentality like you.
You talk and chat with them,
on the same topics,
different opinion, same direction.
Having the same kind of entertainment.
Reading the same book, same philosophy.
They way you talk,
and your friends talk,
same.
The same 'language'.
You see the world,
on the same angle, through the same lens.

You are in your own self-created circle.
Self-created bubble.

And you proudly announce, 'we want to change the world' ...?

COURAGE

"They tried to bury us. They didn't know we were seeds."
- Mexican Proverb -

Archi #13 - DER APFEL

Apfel. Epal. Apple.

Prof. Kern: 'Apa itu Epal?'

Prof. Kern: Adakah Epal itu kita panggil apabila ia telah masak? atau setelah dipetik? atau ketika pohon itu baru mula berbuah? Bilakah ia didefinasikan sebagai sebuah epal?

Prof. Kern: Adakah epal itu hanyalah sebuah epal apabila ianya sudah ranum atau keseluruhan proses kejadian dan tumbesaran itu dipanggil epal?

Epal ia sebuah proses.

Bermula daripada sebiji benih. Kemudian tumbuh sebatang pokok. Kemudian daripada pokok itu ia menghasilkan bunga.  Kemudian buah. Buah mula ranum, kemudian ia dimakan binatang/manusia. Kemudian berlaku proses nyahtinja. Biji benih epal yang tidak dihadam itu kembali ke tanah. Dan proses epal bermula kembali, berulang semula.

Hakikatnya, setiap kejadian itu punya sebabnya yang tersendiri. Tidak ada benda yang berlaku secara tak sengaja. Semuanya dah diatur cantik. 

Epal memang inginkan dirinya dimakan oleh binatang/manusia, supaya benihnya akan 'berhijrah' ke kawasan lain. Biji benih epal itu memang sengaja dicipta untuk tidak berupaya dihadamkan oleh perut, agar kelangsungan proses dan kitaran epal itu tidak terhenti.

Oleh itu, setiap perkara yang berlaku dalam dunia ini, lebih-lebih lagi dalam alam semula jadi ini bersebab. It's already being programmed in spesific ways. Setiap perkara dan tingkah-laku kita bersebab, samada kita sedar atau tidak.

Dan masalahnya sekarang ini, kenapa awak design macam ni? Mana prosesnya?

Kami: ...............

Wednesday, November 19, 2014

Masalah manusia #7 - Bega nak matinya kau...

A is for Apple. B is for Ball. C is for Cat.

S is for Sombong-Bodoh

Masalah manusia #6 ; Layar #1 - INTERSTELLA 1

Nothing is more disgusting than having the highest level of technology, the most supreme artificial intelligence, the most advance science development that could go beyond the limit of average human mind and making a conclusion that you are the god, the creator of us all, the universe, the dimensions and what's within.

Betapa kau punya pilihan, menggunakan ilmu sebagai medium untuk mengiktiraf kekuasaan Tuhan atau menolakNya.

Assumption is one of the most dangerous tool. This 'what if'. You are bragging about a theory. Theory is nothing more than a fancy word for assumption with no concrete evidence.

Monday, November 17, 2014

Masalah manusia #5 - ARAB YANG MEMALUKAN

Kadang aku rasa Mesir, Saudi, UAE, Syria dan Israel ni takda beza...

Vienna #13 - TERUSKAN MAHMUDAH

Dan setelah itu,
aku bertanya pada diri,
kau akan buat, balas sama seperti mana mereka buat pada kau?

Tidak.
Kerana keikhlasan dan pertolongan itu bukan aku hadiahkan untuk mereka,
aku hadiahkan untuk diriku, untuk agamaku.

Aku buat, bukan untuk mereka,
tapi untuk kegembiraan, kepuasan diriku,

mengaut pahala, tamak pujian dariMu.

Archi #12 - EMPATHY ?

Harini aku cuba sekali lagi buat experiment yg dah lama aku tak buat sebab ianya sakit sangat. Saja nak tengok, applicable lagi tak teori aku yang dulu-dulu.

Aku contact tiga 'rakan' Austrian aku yang aku kira rapat.
Deadline pukul 23:55
Mereka punya masa untuk tolong aku dengan masalah Revit-Hausübung.
Dua duduk bersebelahan dengan aku di lab, seorang lagi habis studio 19:00.
Ketiga-tiga mereka berjaya hantar revit sebelum pukul 20:00, dan mereka tahu aku terkapai-kapai. Tapi mereka sekadar hantar message whatsapp tika aku ke meja lain minta tolong :

"Huda, kami ciao dulu, ada yg duduk di belakang kami, pun tengah buat revit. Kau tanya dia, sure dia boleh bantu :* "

Dalam masa yang sama, aku terdengar seorang budak turki bersebelahan dengan ku berkata kpd kawannya:
'Jede ist für sich selbst.' (Every man is for himself)

Aku rasa nak muntah. Ayat penyata paling tepat sepanjang sejarah aku di Austria.

Sunday, November 16, 2014

Vienna #12 - KENAL

Setiap insan perlu dicampakkan ke suatu tempat asing, belajar survive sendiri, untuk dia kenal dirinya yang sebenar-benarnya.

Tapi kalau dah masuk tahun ke-7 tu, rasa macam dah boleh slow-slow balik ke kandang kot...

#LonerSurvivorProblem

Saturday, November 15, 2014

Vienna #11 - CACAT

Di Vienna ni aku survive dgn satu mentaliti iaitu semua benda boleh kau lanyak.

Sama ada kau tahan ke tak. Itu ja. Tapi semua boleh diharungi sebab sistemnya melibatkan sistem ciptaan manusia. Sistem ciptaan manusia ni banyak cacat-cela, se'straight-forward-robot' mana pun mereka dan sistemnya, sehati batu tahap zero tolerance level mana pun, mesti ada ja mana-mana boleh nak menyelit, mana-mana nak twist. Asalkan kau tahu how to play the game.

Buatkan aku akui,
sistem Allah ja hang tak da escape route. Clear cut. Betapa Powerfulnya Dia

Vienna #10 - VISA

Dengan penjawat awam Austria, kau hanya perlukan dua senjata:

1. Bahasa Jerman level Austrian
2. Konfiden kaw-kaw utk kelentong mereka bulat-bulat sehingga terduduk terdiam terpaksa percaya apa yang kau kata

Of course senjata plg terkuat ialah kau ada Allah yg membolak-balikkan hati mereka.

Hati kita jua.

WWK #4 - RUMAH

Di Vienna, antara benda paling susah nak dapat, selain visa, ialah rumah yang berpatutan. student accomodation di Vienna sangat mahal. Studio usually €450/month.

................   *    *    *  ...................

Dan aku masih ingat saat aku serabut memikirkan hal rumah, 1st year technical chemistry. Jarak perjalanan memakan masa 1jam untuk ke TU. Kelas pukul 8 pagi memang confirm burn. Ditambah dengan balik malam sejuk winter meranduk snow, stress tak paham jerman, fail sana-sini. Balik bilik tension, bilik kecil 16m^2 ja. Barang punya banyak hasil tinggalan ummi. Tandas, dapur kongsi 16 orang... takda privacy.

Dan bila aku dapat sebuah rumah murah ni, aku rasa nak sujud syukur, 21m^2 €295 sebulan, tapi 1jam juga ke TU. Aku menangis sbb marah dengan Kristina, dia x bagi aku sign kontrak rumah tu. Tak berbaloi katanya. Tahu tak aku perlukan desperately rumah sendiri?!

Dan aku bersabar. Dengar cakap dia. Ulang-alik aku ke pejabat rumah tu, kalau-kalau ada rumah dekat dengan TU. Februari masa tu, ada rumah, 30minit dr TU, 21m^2, €307.50/month. Ya Allah... trs aku minta kunci nak usha rumah tu. Telefon Kristina, describe semua. Esok tu juga aku sign kontrak rumah.

Begitulah. 

Friday, November 14, 2014

Vienna #9 - JULING

Wieso sind alle, auf die ich stehe, sind Einwärtsschielen? Haben die vielleicht 2 unterschiedlichen starken Charakter oder wie jetzt?

Thursday, November 13, 2014

Vienna #8 - FORWARD

"Antara driving force plg besar buat kita ialah untuk tidak bersangka buruk pada Allah, even dlm hubungan kita dengan manusia."

BAM! kena tampar hari ni... Allahu

Archi #11 - EXHAUSTED

Aku tak faham macam mana Matlutfi boleh hasilkan berpuluh video-video berkualiti dan dalam masa yg sama grad on time.

Mungkin dia tidur sambil buat computer drawing dan potong kayu. Mungkin dia rebuih buku untuk exam. Mungkin tiap kali Mat present, hari yg sama isteri prof dia masak grilled chicken sedap kebabom sambil mencampurkan ubat penenang jiwa dalam makanan prof tersebut. Hmmm....

WWK #3 - TERKESAN

"I dont know why Kristina, but with all these shits around me, all those crap in Vienna, I still get the right school, the right teachers, in fact two best teachers in school. You, the right friend, Allah gives me the right persons. Alhamdulillah. But how come?"

"Because you are the right one."

WWK #2 - HORMAT

It was our first long talk, and the first time she invited me to her room.

"... haha yes! And that guy, I seriously had crush on him."
"his from your school, right?"
"yup..."
"hey, lets go for a walk around Grinzing."
"yes! But let me pray first, then we can go."
"you pray?"
"yes. Is it okay?"
"Of course! It's just that, I find it amazing you can talk stuff with me, you are hilarious, but you also pray at the same time."
"Spiritual strength and soul is important for me."
"Yes, true. And for that I respect you."

Archi #10 - Zimmerman, der Latein lernt

Untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya kau kena tahu:

Apa yang kau bina,
Apa tujuan kau bina,
Sains sosial - targeted audience,
Apa kesan sejarah tempat pembinaan tersebut,
Bagaimana hendah menghubungkan sejarah dahulu dan masa sekarang,
Ekonomi kawasan tersebut,
Struktur tanah kawasan tersebut,
Cuaca dan kejadian alam semula jadi di situ seperti banjir, gempa bumi, taufan dsb.,
Kesesuaian dan hubung-kait persekitaran dan material, batu-batan, kayu-kayan yang diguna untuk tujuan pembinaan,
Kekukuhan bangunan, statics,
Commercial value,
Dan lain-lain,

Paling penting marketing strategy and public relation.

Idea hang gempak mana pun, hang calculate structural dia kukuh mana pun, kalau x boleh jual, x jadi jugak...

Archi #9 - MARKETING

Prof. Kern: 'Terangkan model dan konsep kau. Ciri-ciri dia. Maksud tersurat dan tersirat.'

Student 1: diam sejenak, sambil tersengih sumbing... 'emm... saya tak tahu...'

Prof. Kern: 'Ok sekali lagi, di mana dinamik model awak, mana focal point dia, mana Schwerpunkt dia awak rasa.'

Student 1: sekali lagi tersenyum kukat, tersipu-sipu malu... 'saya tak tahu'

Prof. Kern: 'ini model awak, awak patut tahu apa yang awak buat. Kalau awak tak boleh nak menafsirkan dan menerangkan pada orang umum kerja awak, maka awak tidak lain hanyalah seorang pelukis. Awak takkan boleh jual idea awak dengan cara ni.'

Model student 1 tu pada pendapat aku cantik dan kemas, tapi Prof Kern bagi dia separuh markah. Baru aku faham apa tu presentation.

Archi #8 - KERANDA

Hari ni aku ajar Prof 3D Modelling aku, Prof. Christian Kern perkataan english baru.

'coffin' eng. (Sarg, de. ; keranda, my.)

Dengan harapan dia faham mksd tersirat aku: Markah aku tak baguih, mampuih hang.

Monday, November 10, 2014

Vienna #7 - KAHF

Dalam banyak-banyak benda yang mengagumkan dengan pemuda-pemuda ashabul kahfi ni, yang ni paling buat aku terdiam kejap: Allah even divert the sun rays, preventing it from touching them.

Betapa Allah nak tunjuk, if you are willing enough to live up to islam and fight for it, even nature pun Allah akan tundukkan untuk kita, untuk tolong kita.

Pemuda, muda semuanya, hidup dalam zaman di mana jalan Allah ditolak bulat-bulat, ditentang sampai tahap meragut nyawa. And they stood up to their faith. Begging Allah to show the way.

Macam kita sekarang...

Sunday, November 9, 2014

Masalah manusia #4 - GOPOH

Kadang kau terlampau sibuk mendaki, terlampau ingin untuk sampai ke puncak, sedang kau tak sedar, kau sedang mendaki gunung yang salah.

Conteng #2 - JATUH

Suatu tika kau berkejaran,
sebelah tangan kau cuba capai,
sebelah lagi kau kendong lagi.

Kanan dan kirimu,
berteriakan mereka,
berpusu-pusu mereka,
ke arah sesuatu itu.

Kau sibuk mengejar,
mencapai,
mengendong.

Dan sedang kau berasakan, berkejaran
kaki kau terpaut pada suatu
Nah, tersungkur kau terjelopok di situ.

Kau sumpah, kau marah.
Kau menangis, meraung kesakitan
dan kau kembali berdiri.

Kau nampak mereka nun jauh di sana,
dan terdetik saat itu di hatimu,

Apakah sebenarnya yang dikejarkan itu?

Saturday, November 8, 2014

DM #3; Vienna #6 - SCHLANGE

Dahulu aku punya satu kelebihan/kepakaran yang aku belajar iaitu menjadi 'ular' di tengah-tengah rimbunan manusia pelbagai ragam, pelbagai rupa.

Menyusuri, menyelit di celah-celah mereka, mengetahui setiap satu hal. Malah aku boleh membengkok. Bak kata kristina, like a formable plastic that could be bend in any way. Tapi aku tak tahu demi apa.

Kepakaran tu membuatkan orang-orang yang aku benci pun boleh menyukai aku, menyanjungi aku, walhal aku mual dengan personaliti mereka. Tahap toleransi aku terlampau tinggi kerna aku takut dibenci.

Sehinggalah mereka di negara jiran mengajar aku hadis logam:
"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa islam, sekiranya mereka faham." (Sahih Bukhari)

Betapa kelebihan yang kau ada itu anugerah Tuhan, untuk kau gunakan, kau salurkan agar kau dapat menyembah (to serve Him) sebaik mungkin.

Sedikit demi sedikit aku ubah. Setelah bertubi-tubi tamparan Allah beri di Vienna ni, makin aku nampak. Makin tidak takut dibenci. Sikap 'ular' aku gunakan dalam menimba ilmu, as a surviving skill and strategy in the university. Bukan lagi dalam hal-hal manusia.

"I don't spend my energy on people with bullshit characters. They should know I do not welcome their company. They should know that whatever they do is wrong and they have to change themselves, and it is not of my bussiness to tolerate them. They don't deserve my tolerance, my energy."

Aku bencikan perangai aku dahulu yang talam dua muka, berpura-pura dan hipokrit. Menyelit, menukar rupa semata untuk diterima sekalian puak dan kumpulan hingga aku hilang pendirian.

Kelebihan yang ada ini harus disalurkan pada perkara yang lain...

Friday, November 7, 2014

Vienna #5 - Subuh

Teringat 5 tahun yang lalu. Tiap pagi abah harung angin sejuk winter untuk ke masjid besar Vienna. Naik tram 40/41  dari Aumannplatz. Tukar U-Bahn U6  dari Währinger Straße ke Neue Donau.

Tika itu aku ingat lagi, nak ke tandas pun menggeletar kesejukan, antara winter tersejuk di Vienna pada tika itu aku rasa.

Kuatnya abah.

Sungguh, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

DM #3 - PERTENGAHAN

This ummah collapse having people like us with such mentality, thinking that rising awareness and helping people towards Allah are the work of U'lama and muslims scholars. Whereas, we, every muslim individual carry this responsibility. Stop living in your own self-created-illusional bubble. Stop shifting the blame for heaven's sake.

Setiap petani, tukang sapu sampah, akauntan, pak guard, pensyarah, suri rumah, arkitek, dll pegang tanggungjawab ni, faham tak?

DM #2 - BAPOK

Maka Mahkamah Rayuan berjaya menggubal undang-undang yang meletakkan posisi Mahkamah Syariah di dalam longkang, atau lebih tepat lagi, loji kumbahan.

Sang bapok si bengkok mendapat pembelaan dan 'hak asasi' mereka terpelihara di atas bumi tanah air aku.

Sedih tak terkata. Geram tak terhingga.

Sedih lagi dengan mereka yang sibuk menunding jari menyalahkan semua pihak.

Wahai, kita semua punya tanggungjawab. Elok saja selepas kau selesai melafazkan syahadah dalam tahiyat akhir kau, kau pikul tanggungjawab muslim. Menjadi khalifah.

Bukan kerja ahli 'agamawan' sahaja ni. Kita semua pikul beban dakwah ni, menukar dan membersih masyarakat.

Nama ja researcher, IQ so called tinggi, benda ni pun hang tak boleh pikiaq ka Samdol.

Vienna #4 - REZEKI

Scrolling up and down the Instagram, satu-satu, sorang-sorang aku perati (perhati).

Semua sibuk dengan hidup masing-masing. Sungguh, aku nampak rezeki ditaburkan buat setiap individu.

Rezeki kau dah lama tercatat di atas sana. Tak payah risau kalau tak punya rezki.

Selagi tak habis rezeki kau, hiduplah kau atas muka bumi ni. Dah habis rezeki kau, maka kepada Dia lah kau kembali.

Ameen #1 - €50

"Man... coat tu €50... dah la cantik, tebal, quality bagus."
"Kat ne?"
"Internet."
"Ooo serik dah internet. Unless awak dah biasa dengan kedai tu."
"Tapi dia jual gak ZARA, ESPIRIT, VERO MODA, ONLY"
"haa ye la... beli la..."
"coat tu cantik pakai kalau body cantik."
"Dah tu nak beli buat apa?"

......

Thursday, November 6, 2014

Archi #7 - DANKE SCHÖN, HERR KIRSCH

"Konsep awak kuat. I want to see more from you. Awak sebenarnya boleh pergi jauh."

Ujar Clemens Kirsch, Betreuer aku dalam Hochbau (Structural Engineering). Ramai tak suka Kirsch, tapi aku rasa bersyukur Allah bagi dia sebagai Betreuer untuk projek aku.

Tak semua Betreuer dekat sini boleh cakap kau boleh pergi jauh.

Danke schön, Allah, ya Rabb.

Archi #6 - ADA SAJA

Balik rmh pukul 3 pagi. Tidur. 7 pagi ke TU (Technische Universität) kembali. Balik rumah. Tanak nasi, masak utk buka puasa asyura. Dalam masa yang sama, basuh baju (sebab dah xda baju bersih sebulan x dan nak basuh). Balik bau hangit. Nasi hangus. Buka puasa masakan semua terlebih masin.

Bergegas ke TU, jumpa hani. Bina model bersama sehingga pukul 2.50pagi. Balik rumah 3pagi. Tak jumpa kunci rumah. Ketuk pintu Frau Buljubasic. Kena €35 utk pintu. Masuk rumah. Salin baju. Priiiing! Kunci jatuh drpd poket seluar.