Friday, October 31, 2014

Vienna #3 - WORDS

I did my Matura (A-Level) here alone. I fight learning this language alone. I was discriminated here alone. I fight in the university alone. I am the only Malaysian undergrad here in Vienna, where during this time of life u should be having circle of friends for support, study, sad n fun.

dan kau sambil menjeling tajam dengan muka bangga penuh ego sesuka hati kata aku sikit-sikit menangis, kuat berdrama?

wahai sahabat, buat dulu apa yang aku buat, sarung kasut aku dulu, baru kau layak keluarkan kata-kata tu.

simpan saja lawak kasar kau dgn rakan  seangkatan dgn kau.

Vienna #2 - GIVE BACK

makin lama duduk di vienna, makin berkobar-kobar, makin membara-bara hati nak balik malaysia dan berbakti di sana.

Malaysia dahagakan perubahan yang akan datang dari tangan generasi kami.

It's gonna be tough, toughest perhaps in the history of Malaya. But, we, the new generation are prepared for it. We have plans, inSyaAllah.

masuk sudah tahun ke-6 aku di Vienna, AUSTRIA

Archi #5 - SOFTWARE N PROGRAMME

betapa austria ni (actually europe ni) tak faham apa tu maksud 'kawan'.
sampaikan nak minta tolong orang pun pakai duit.

when it comes to software, programme, rendering spt AutoCAD, Revit, Grasshopper, Cinema, dll, aku ialah student archi plg noob dlm sejarah noobies di TU Wien ni.

dah macam peminta sedekah nak minta org sini tolong...

hampa patut buang ja la perkataan 'freund' dalam kamus hampa. You guys dont know the definition of friend even on the grassroot level. patut lah psychologist buat duit dalam negara ni.

Wednesday, October 29, 2014

Friday, October 24, 2014

Archi #3 - HIDUP TIADA . NO LIFE

Balik rumah pukul 1 pagi. Keluar rumah pukul 7 pagi (sepatutnya).

Di Vienna yg mana kawan yg memahami itu rare. Melayu yg ngam itu apatah lg rare

Tuesday, October 21, 2014

Archi #2 - JASMIN RADWAN

seorang yang aku boleh cakap: she deserves whatever she has now.

almost nak grad archi (tabik spring), dan kalau kau tgk tunang dia, kau nampak usaha dia, kau tahu Allah beri dia yang terbaik. my respect.

seorang yg pernah humban aku dlm tandas TU Wien, tika aku menangis teresak-esak, menggeletar ketakutan. dia tumbuk aku kuat di bahu, nak tenangkan aku. kalau ada fighter dekat TU Wien ni, aku akan tunding jari dekat 2 orang. Jasmin Radwan dan Hammam Al Kass.

Monday, October 20, 2014

DM #1 - PELUK PUPPY

balik-balik rumah dah pukul 8malam. Sem yang sungguh padat, serabut lagi menyemputkan. Seperti malam-malam kebiasaan, on skype, cari Intan. Beria-ia dia tunjuk video comel panda.

"Hudaaa, panda tu keluarga beruang kan?"

"Tak. Keluarga anjing."

haha selamba terpacul keluar dari mulut aku.

p/s: Malaysia ni semua binatang nak ada kontroversi. Dari panda, ke jerung, ke anjing, habis semua dia sapu. Aku tunggu ja binatang apa pulak nak keluar lepas ni.

Masalah manusia #3 - RASA BERSALAH

"Allah created us with an innate predisposition towards doing the right thing; it's called fitrah. And when we violate that spiritual programming inside of us, we experience the security mechanism Allah placed inside of us: guilt. Guilt is a gift from Allah warning you that, whatever you are doing is violating your soul" (Nouman Ali Khan)

rasa-rasa macam dah tak reti nak rasa bersalah tu, know that you've lost the Gift... slow2 la claim balik.

Archi #1 - SIMBOL & PENGARUH

perang, penjajahan, perluasan kuasa, empayar sangat berkait-rapat dengan seni bina dan architecture.

concerned citizen sangat~

do i even know his/her struggle?
do i even know his/her real story?

just because i heard from someone close to him/her, some website or page approving my statement, doesnt mean i could pass the jugdement, i could make a conclusion.

worst: i 'discuss' it with my friends. bagus. semua kutuk secara berjemaah. kaut dosa sama-sama.

if i were so concerned, have i then even talked to him/her? or the very least, make dua' for him/her?

if i have no further step in helping him/her, then better to shut my mouth.

Sunday, October 19, 2014

Masalah manusia #2 - ALASAN SEMATA

kau perhati mereka semua.
pelbagai macam
pelbagai ragam
pelbagai rupa
sehingga kau penat menahan
mual
muntah
murah
dosa

alangkah buruknya kalian
luar dan dalam

tidak malukah kalian
dengan mulut yang busuk?

mencaci
memaki
menghina
mengumpat
mencerca
'menganalisa' kehidupan orang lain
yang tiada kaitan dengan diri kalian

dan kalian berkata
'siapalah kami hanya orang kerdil menggunung dosa.'

sedang kalian lupa,
kalian punya kuasa untuk ubah segala

Thursday, October 16, 2014

Masalah manusia #1 - MAGNET

Dan aku perasan insan ni, sibuk berkata 'tak mengapalah... dah biasa ditimpa masalah sebegini... dah selalu sangat...'

Alahai sahabat, kau tahu kenapa orang-orang bermasalah melekat kuat dlm hidup kau spt besi tertarik pada magnet?

Ya, sebab kau tu magnetnya.

Monday, October 6, 2014

WWK #1 - KAHLENBERG

"Kalau blh, kalau kita lelaki, dsh lama kita mengembara sama-sama backpackers style satu dunia, at least satu europe, pakai jalan darat. Tapi kita perempuan, Huda. Banyak sgt halangan." ujar Kristina.

Waktu tu sekitar 1 pagi, kami berjalan dari asrama kami hingga ke kaki Gunung Kahlenberg. Gelap-gelita. Sunyi-sepi. Masing2, tanpa perasaan gerun di hati, terdiam sejenak, memandang papan tanda  sempadan wien-niederösterreich (Vienna-Upper Austria), mengambil keputusan untuk berpatah-balik, meneruskan perjalanan pulang ke asrama.

Wednesday, October 1, 2014

KOMMEN UND GEHEN

Bila dah nak masuk tahun ke-6 hidup berdikari seorang diri, baru mula sedar, manusia ni datang dan pergi dalam hidup kita.

Tak da yang stay.

Baru sedar, even roh kau pun akan tinggalkan kau satu hari nanti rupanya..

nafas baru

moga yang baik-baik sahaja di sini.